:::Selamat Berpuasa:::
Khamis, 3 Julai 2014Assalammualaikum...
Diam x diam, pejam celik...pejam celik...
siang berganti malam..
hari berganti hari...
wahhhh...ramadhan dah pun berada di hari ke 5. SubhanALLAH..bersyukur dapat nikmat Ramadhan.
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH... syukur sangat...YA ALLAH. ;')
well, sekali lagi bersyukur kerana cuaca sangat baik, mendung aje...boleh dikatakan hujan membasahi bumi,... indah sangat...
walaupun agak terlambat, aku nk berkongsi bagaimana kita nk kekal cergas di siang hari dalam Bulan Ramadhan ini....
credit: google search. tq ;)
SEMASA NAK BERSAHUR:
Tubuh mendapat bekalan tenaga
daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.
Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot
dalam bentuk glikogen.
Selain itu,
tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang
membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini
berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk
mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu
memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana
glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan
lebih lama.
Ketika bersahur,
ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat,
bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini
mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut
dan melambatkan rasa lapar.
SEMASA
NAK BERBUKA PUASA PULAK:
Apabila berbuka pula, lebihkan
makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup
dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang
cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat,
karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat
membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh
bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan
bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami
pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang
terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi
jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
PANTANG
LARANG:
Makanan berempah dan terlalu pedas
juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran
terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan
mengelak makanan sebegini.
PESANAN PENAJA:
Sama ada berbuka
atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk
menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana
minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan
mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum
jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda
minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di
dalam tubuh mencukupi.
Selamat
Berpuasa!

0 ulasan:
Catat Ulasan