:::Serawa Gerbis aka Timun Acheh aka Timun Betik aka Timun Suri:::




aha...
nampaknya ramai dikalangan kita yang xtahu lagi buah apakah ini.
Bagi masyarakat kat kawasan aku- jawa parit raja, kami panggil Gerbis. ;)
dulu aku xminat sgt sbb buah ni tawar, rupenye buat air jadi sangaaaaattt awesome. ;)

pokoknya menjalar.....buahnya mcm labu @ timun, cuma besar sikit...
isinya lembut, kaler putih+ peach2 sikit..
baunya harummmmm..

okies, aku nk share mcm mana nk sediakan gerbis ni sbg satu juadah istimewa time berbuka nanti ;)






Cara penyediaannya mudah ajer...

Sediakan santan pekat secukupnya/susu segar/susu cair
Sedikit garam
Air gula melaka/ gula putih pun boleh
Buah Gerbis yang dipotong kecil
Ketulan ais secukupnya
---------
Campurkan semua bahan2 tu dan masukkan ketulan ais...dah siap...

Kalau nak senang kisar halus semua bahan2 dan hidangkan...(macam buat air honeydew tu




Selamat mencuba ;)







:::Selamat Berpuasa:::

Assalammualaikum...

Diam x diam, pejam celik...pejam celik...
siang berganti malam..
hari berganti hari...

wahhhh...ramadhan dah pun berada di hari ke 5. SubhanALLAH..bersyukur dapat nikmat Ramadhan.

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH... syukur sangat...YA ALLAH. ;')

well, sekali lagi bersyukur kerana cuaca sangat baik, mendung aje...boleh dikatakan hujan membasahi bumi,... indah sangat...

walaupun agak terlambat, aku nk berkongsi bagaimana kita nk kekal cergas di siang hari dalam Bulan Ramadhan ini....

credit: google search. tq ;)
SEMASA NAK BERSAHUR:
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.  Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.



SEMASA NAK BERBUKA PUASA PULAK:
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.

PANTANG LARANG:
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.

PESANAN PENAJA:
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!


:::jam satu petang:::

jam berdetik..tepat jam 1 petang. 1 je dentingan lepas irama muzik..
argghh...aku baru je nk menulis kat blog ni...
jam 1..tandanya aku harus bersiap untuk kerja..
baru nk feeling2 terpotong stim ;)

*it's ok gidah, byk masa lagi..- kataku dalam hati sendiri ;/
nanti ade mase aku nk post entry...bukan la hebat sgt sebab aku cuma rindu menulis..
suke ati la kan nk tulis ape pon..
blog aku, aku punye suke gitu... hahaha

ok, sampai sini je la. aku nk siap2..maklum sahaja lah aku lah bos, aku lah kuli...

daa~~~

Followers

About Me

gidah abdul jalil
Lihat profil lengkap saya
Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

Blog contents © Diari seorang aku. Ehek🤭 2010. Blogger Theme by NymFont.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...