Hutang..beb

::hutang::

Kengkadang kan.. orang berhutang dengan kita, tapi bebas ke sana ke mari...belajar sana sini.. melaburkan duit untuk ilmu boleh...tapi membayar hutang liat sekali.

apakah membayar hutang tu satu perkara yang ringan?

tahukah dulu nabi kita pernah menolak untuk solat jenazah bila tahu si mati ade lagi hutang yang belum dilunasi?

so, sama-samalah kita beringat. hutang sekecil apa pun..lagilah yang besar...kan? kenalah ingat. mungkin bagi kita CUMA RM10.. tapi bg yg memberi hutang, rm10 itulah yang dia perlu..tp dia dahulukan org yang berhutang sebab Nampak org tu lebih memerlukan.

tetiba kita cakap 'alah...rm10 je kot.'

jangan kita ni reti bercakap hal agama, tapi tak reti nak melunasi hutang ye... kita mahu dihormati, jadi kita lebih dulu kena menjaga maruah kita. walaupun hanya cuma kita, si pemiutang dan Allah je yang tahu……

:)

i'm back! :)

SUBHANALLAH...

lama sungguh berhenti masukkan content dalam blog.. tetiba rasa nak menulis semula.
tak tahu nk tulis ape, tapi kita cuba share info, pengalaman dan macam2 tips kat dapo sebab dapo adalah opisku:)

last posting di sini tahun 2014. masa tu masih sangat sibuk sebab nak fokus pada kedai. sekarang kedai pon dah setahun lebih aku tutup atas banyak faktor... tak mampu bertahan suda, kita lepaskan supaya tak lebih sakit:')

last 2014, daripada masih menyewa rumah, daripada belum dikurniakan cahaya mata, kini dah tinggal di rumah sendiri, kini dah dua anak syurga yang comel dan bijak ni menemani perjalanan hidupku bersama suami. ALHAMDULILLAH atas segala nikmat dan kurniaan tuhan ini..

Sekarang ni ALHAMDULILLAH berniaga kecil-kecilan berpangkalan di ceruk dapur rumahku. sambil menjana sedikit pendapatan, sambil dapat bersama dua orang anak-anakku..

buat masa ini, dapur sedang dibaikpulih untuk melancarkan aktiviti memasak, melancarkan lagi urusan sebab kita memasak ni pun nak kena selesa kan...lagipun sekarang ni cuti persekolahan akhir tahun 2019, lepas dah memenuhi tempahan jamuan akhir tahun..waktu ni la sangat sesuai nak tambah baik keadaan dapur.

harapnya aku lebih bersemangat lagi. hmm!

kami beruntung sebab abah sudi menghulurkan tenaga dan idea untuk merealisasikan permintaan anaknya ini. thanks abahku <3

so, aku kira-kira mungkin kalau xde aral melintang dalam dua minggu lagi siaplah dapur ni. tapi sebab ni pun hujung tahun, kami kena balik kampung di penang dan abah pun banyak aktiviti rewang dan jemputan kawin di kampung.

apa2pun... harap2 semuanya dipermudahkan dan boleh la aku memasak pelbagai menu untuk pelanggan setia. :)

ok, apa2 pun...akan ku abadikan gambar anak-anak dan progres renovation dapur kecil kami.................................cekidaut.




eh.eh.. nantilah update semula. ade rampasan henfon. diorg tengah tengok cartoon. huhuhu





Followers

About Me

gidah abdul jalil
Lihat profil lengkap saya
Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

Blog contents © Diari seorang aku. Ehek🤭 2010. Blogger Theme by NymFont.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...